BULATAN SULTAN AZLAN SHAH (BULATAN AMANJAYA)

Ok, lepas pegi MAPS nk buat apa?

Jom kita pegi..

BULATAN MEGA AMANJAYA
atau nama barunya BULATAN SULTAN AZLAN SHAH

Ok, bulatan ni adalah bulatan terbesar di Perak..memang besar..berkeluasan 7.3 hektar dan dibuka pada tahun 2016. Ianya buka selama 24 jam, dan terdapat kamera CCTV dan sekuriti yang mengawal selia bulatan ini. Jadi, jangan risau okay.




Selalunya, pagi-pagi kita akan nampak orang beriadah di Bulatan ini. Terdapat laluan pejalan kaki, dan beberapa alat senaman yang simple di sepanjang laluan mengelilingi bulatan ini.



Selain itu, bulatan ini ada beberapa sections yang boleh dilawati. Antaranya..

1. Taman rekreasi kanak-kanak (kering)


2. Taman rekreasi air




Tapi tak tahu kenapa taman air dah tak dibuka sejak dua menjak ni..hehe. Kalau tak, memang menjadi tumpuan warga Ipoh dan pengunjung2 lain. Ada tandas, tempat tukar baju dan tempat shower untuk membilas badan selepas main di taman ini.

Kalau buka, ianya dibuka pada waktu tertentu sahaja.
Pada Isnin hingga Jumaat, kolam ini akan dibuka pada jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam.
Manakala untuk hari Sabtu dan Ahad, ia akan dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan kemudiannya akan dibuka semula pada jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam.
(Sumber: Perak Today).

3. Amphitheatre - selalunya kalau ada persembahan atau konsert2 free akan dibuat di sini. Contohnya pada malam New Year, malam merdeka akan ada konsert di sini. Kalau tak ada konsert kadang2 dibuat pertunjukan api, tarian dll di sini.




4. Tempat bermain skateboard atau roller blade atau basikal lajak/BMX..haha




5. Terdapat banyak padang di sini..dan selalunya malam-malam orang akan bersantai di padang buat picnic, ada yang buat senamrobik, ada yang layan anak main-main dan juga tak lupa basikal atau scooter berwarna warni yang boleh disewa untuk dibawa mengelilingi bulatan ini. Jadi, kalau datang bulatan ni malam-malam memang lagi happening la...










Sekiranya nak pergi Bulatan Sultan Azlan Shah ni, baik pergi bukan waktu puncak sebabnya selalu nak masuk ke parking dalam bulatan akan sesak bila waktu puncak, kereta nak masuk mmg akan jadi slow. Boleh juga parking di kawasan rumah kedai sekitar dan lintas jalan untuk ke bulatan.

Ok sekian dulu! Semoga hari-hari anda di Ipoh dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya!

Sumber: Perak Today, FB Bulatan Sultan Azlan Shah, gambar dari google.

Comments